Friday, August 15, 2014

Potpet potpet life #2 : Bersalin

Despite my dream to have normal vaginal birth, Allah knows what's best for me. Hence my 2nd caesarian section experience.

Saya telah mengalami contraction dari 20hb Julai 2014 lagi. Contraction yang tak kerap membuatkan saya rasa itu hanyalah Braxton hicks.

Solusi terbaik adalah tidur awal. Mungkin sekitar 9- 10pm sy sudah berbaring di katil. Sakit makin kuat, tetapi tidak kerap. Jam 11 lebih, saya ke tandas kerana skit perut. Hmm mungkin salah makan kot.
Kemudian saya tidur di bawah bersama anak sulung. Lebih kurang pukul 1230am, 21hb Julai, tiba-tiba saya terasa seperti sedang membuang air kecil tanpa dapat di kawal. Kiranya macam bladder tu function sendiri. Basah sangat dan banyak. Cepat-cepat saya ke tandas sambil memanggil husb. air berwarna kuning. Tak pekat pun. Saya bau seluar takut betul-betul kencing. Tapi tak ada bau. Husb dan saya were like dummies. Tertanya sesama sendiri air apa tu. Kami rasa air ketuban. Tapi bukan jernih ke airnya. Next husb google gambar air ketuban. Warna kuning! so sah lah tu air ketuban. Tapi perlu ke hospital sekarang ke? boleh tunggu sampai pagi tak?

Saya call adik yang kebetulan on call di hospital. Adik suruh saya ke hospital sebab takut infection. So kami terus ke hospital selepas memaklumkan pada bibik.

Check in di hospital around 1am lebih. Nurse came to check opening. Baru 1 cm. But air ketuban dah colour hijau. Nurse kata baby dah pooped. So maybe kena c-sect. Doctor Fidak akan sampai dlm stengah jam. Ok, saya da terima yang akan kena c-sect. Contraction makin kuat dan kerap. Sakit sampai tak bercakap sbb menahan rasa. Kejap2 bila contraction datang, tangan digenggam kuat2. Jam 3, Doc tak sampai lagi. Saya dah bertanya nurse bila doc nak sampai. Kata stengah jam. Nurse jwb sekejap lagi. Doc otw. (waktu ni, sy dah terima hakikat c-sect, then kenape procedure n doc lambat sgt. i dont need to experience pain contraction coz takkan beranak normal). Around 4am plus, finally Doc dtg. So much of stengah jam lah.Doc check, dia kata ctg cantik. Contraction mmg kuat. Baby ok je wpun dah pooped. So dia bagi chance nk try normal. Coz my 1st one c-sect jgk. if this time failed, then no chance for normal delivery again. Saya ok je. Ambil epidural, dan tidur. Around 7am, Doc came to check bukaan. Check CTG, baby dah distress everytime contraction. Heart beat turun to 50-60 reading setiap kali contraction. check bukaan, baru 6 cm. Actually progressing well part tu. Tp sbb baby dah distress, Doc suruh c-sect jg. Maka for the 2nd time, saya masuk OT.

at 820am, Alaa Mujahid keluar ke dunia dgn berat 3.93kg.

Saya? saat tu saya kena berpantang dah jaga perut yang baru dijahit. haih.. rasa seperti cukuplah 2 saja permata hati sbb experience csect taklah menarik. sakit nak bangun susukan anak. pergerakan yg menyakitkan...

No comments:

Post a Comment