Monday, August 15, 2016

KELAUT INDIA

WAH,, gittew tajuk post kita neh..

dah setahun kot menyepikan diri. sesungguhnya, ya ampun..istiqomah ni mmg sangat lah susah.

Dalam setahun yang MIA ni, teringat-ingat jua pada blog. Sempat juga compose beberapa isu@artikel untuk di shara dalam memori blog.. TAPI..
.
.
.
semua itu ku hanya taip didalam otak je. Tak sempat menurun ke jari. selepas beberapa jam, apa yang dah siap di tulis dalam otak hilang ke lautan yang tak kutahu dimana. aisey

buat masa ini, hanya tiga cerita sahaja yang ada. tapi...bukan nak taip sekarang. tunggu ada masa ye.

1. trip sahm ke Sri Lanka
2. pencuci muka organik
3. resipi ayam masak kicap madu simple sure sedap

eh, ok, kita tulis item ketiga dulu lah. Ni resipi campak-campak siap.. Tp bahan nak campak tu kena betullah.

Resipi ayam masak kicap madu

Bahan-bahan

Ayam - cik atul guna 5 ketul drumstik
Bawang besar selabu - potong 6 wedges
Halia - 1/2 - 1 inci, ikut suka hang la kiah oii
Buah pelaga - 1 biji
Bunga lawang - 1 bunga
Kayu manis - cari yang kecil aje
Sos tiram - 2 sudu besar
kicap pekat - 1 sudu kecil
kicap lemak manis - 1 1/2 sudu besar
lada hitam - 1 sudu kecil
sos tomato - 1 1/2 sudu kecil
madu- 1 sudu kecil
garam secukup rasa

* daun bawang opsyenal, potong besar
*kentang opsyenal

Cara-cara

1. Panaskan kuali, letak minyak sedikit untuk tumis
2. Tumis bawang dan halia hingga wangi, masukkan buah pelaga, bunga lawang,kayu manis dan lada hitam. Gaul sekejap
3. letak air 1 1/2 cawan
4. letak sos tiram, kicap pekat, kicap manis, sos tomato. Kacau sebati
5. Masukkan ayam. Tutup periuk. Dalam 10 minit
6. masukkan madu. golekkan ayam. tutup periuk 5 minit.
7. siap

*kentang boleh dimasukkan di step 4.
*daun bawang diletak waktu step 7.

okeh.. dah siap.

babai.